Nuffnang Code

Sunday, 26 June 2016

Periuk noxxa (tak menyesal beli)

Kenal periuk ni melalui member seofis..
Kononnya menyenangkan kerja..masak jadi mudah dan cepat..
Kebetulan pulak memang takde pressure cooker..
Apalagi beli laa satu...
1st time guna kena test dulu button semua berfungsi atau tak..
Alhamdulillah semua ok..
So 1st dish menggunakan periuk noxxa adalah nasi berlauk..
Pakai bantai je masak tp alhamdulillah en.suami suka..
1st time rasa mcm chef je masak..huhu
Alamak..lupa nk snap gmb..
Dapat bagi gambar periuk je..


Monday, 20 June 2016

Tips untuk menjana duit tambahan (sangat berguna untuk orang tak pandai bisnes macam aku)

Terus terang cakap, aku teringin nak bisnes tapi takde ilmu dan takde sifu nak ajar..taknk laa sampai pergi kursus mahal2 semata2 nak dapatkan ilmu bisnes..tapi link ni betul2 buat aku berminat untuk mencuba..jom kita cuba sama2..

http://www.duitkertas.com/2016/06/hujung-bulan-gaji-selalu-habis-ini-5.html

Tuesday, 3 May 2016

Produk kecantikan buatan Malaysia - Dermags

Susah nak cari produk yang sesuai dengan kulit muka. Senang sangat naik jerawat. Lagi satu, nak cari produk yang selamat dan berkesan pun payah. Sebabnya, produk Malaysia kebanyakannya mengandungi bahan kimia  yang memudaratkan. Banyak produk sudah mendapat kelulusan KKM,  tetapi kelulusan ditarik semula.

Alkisahnya, ada member promote produk keluaran UTM yang menggunakan kulit manggis..tiada langsung bahan kimia bahaya..memang hasil research lecturer chemical engineering..maklumat boleh dirujuk di link http://www.dermags.com.my/.

Baru sehari cuba whitening serum ni..cepat betul serap, tak berminyak dan jerawat tak tumbuh..kulit saya ni biasanya cepat je tumbuh jerawat kalau produk tak sesuai..apa2 pun too early to judge..tengok selepas sebulan nanti saya update di blog ini.


Thursday, 23 July 2015

Apa minat aku sekarang?

Sejak akhir2 ni aku berminat dengan hartanah pulak..baru beberapa minggu lepas booking sebuah rumah townhouse dengan harga RM95k di Melaka..Beli dengan developer yang sama dengan rumah yang aku duduk sekarang..cantik rumahnya sesuai nak buat sewa..lagi satu halnya nak pilih bank mana yang sesuai utk buat loan.. setelah dikaji2 aku pilih ambank..ada bny kriteria nak pilih bank ni dan aku belajar daripada buku dan blogger2 yang ada..terima banyak2 dengan ilmu yang bermanfaat tersebut..

Sementara student belum masuk lagi, ada beberapa buku yang aku pinjam daripada library untuk dipelajari..antara buku yang menarik perhatian aku ialah..jeng3x





Buku yang padat dengan ilmu walaupun nipis..hampir semua bukunya aku baca..ada satu lagi yang aku target..apa yg aku baca nanti akan diupdate dalam entri yg akan datang..

Wednesday, 5 November 2014

Konvokesyen 2014

Alhamdulillah, satu fasa dalam hidup dah settle iaitu tamatkan pembelajaran di peringkat PhD. 1/11/2014 yang lepas, saya naik pentas sekali lagi utk terima ijazah yang terakhir dalam keadaan memboyot (8 months pregnant). Everything went fine..my mum & hubby attend the ceremony.

Bila renung2kan balik, terdetik di hati mengatakan Allah itu maha adil. Macam2 dugaan kami sekeluarga terima sejak bertahun2 dulu tetapi dalam masa yang sama rezeki juga melimpah ruah. Syukur alhamdulillah. Ternyata dugaan yang diterima menjadikan kami sekeluarga lebih tabah dan bertenang bila berdepan dengan dugaan baru dalam hidup. Semoga my mum terus tabah & hidup gembira di sisi anak2 dan cucu2. Cucu pn dah nak masuk 11 org, harap hidup mak sentiasa ceria dengan kehadiran cucu2 baru. Diharap juga mak tak putus2 doakan kejayaan anak2 mak supaya kami semua dapat jaga dan senangkan mak dengan baik.

Untuk entri yang ini, saya akan kongsikan gambar2 sekitar konvokesyen dan gambar suka2 dengan family.

















 with my mum :)