Alhamdulillah, satu fasa dalam hidup dah settle iaitu tamatkan pembelajaran di peringkat PhD. 1/11/2014 yang lepas, saya naik pentas sekali lagi utk terima ijazah yang terakhir dalam keadaan memboyot (8 months pregnant). Everything went fine..my mum & hubby attend the ceremony.
Bila renung2kan balik, terdetik di hati mengatakan Allah itu maha adil. Macam2 dugaan kami sekeluarga terima sejak bertahun2 dulu tetapi dalam masa yang sama rezeki juga melimpah ruah. Syukur alhamdulillah. Ternyata dugaan yang diterima menjadikan kami sekeluarga lebih tabah dan bertenang bila berdepan dengan dugaan baru dalam hidup. Semoga my mum terus tabah & hidup gembira di sisi anak2 dan cucu2. Cucu pn dah nak masuk 11 org, harap hidup mak sentiasa ceria dengan kehadiran cucu2 baru. Diharap juga mak tak putus2 doakan kejayaan anak2 mak supaya kami semua dapat jaga dan senangkan mak dengan baik.
Untuk entri yang ini, saya akan kongsikan gambar2 sekitar konvokesyen dan gambar suka2 dengan family.
with my mum :)
Nuffnang Code
Wednesday 5 November 2014
Tuesday 4 November 2014
Kek Puding Karamel Pelangi
Untuk simpanan sendiri. Tengok member buat terliur, diri sendiri belum tentu lagi bila bleh buat
Bahan:-
A - Gula Hangus
C - Adunan Kek Bahan 1
A - Gula Hangus
- 2 sudu besar gula pasir
- Sediakan loyang bulat 8 inci.
- Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
- Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.
- 1/2 tin susu cair (susu sejat)
- 70 gram gula castor
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 3 biji kuning telur
- Kacau susu dan gula hingga gula larut.
- Dalam bekas berasingan, kacau telur dan esen perlahan.
- Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
- Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
C - Adunan Kek Bahan 1
- 70 gram gula kastor
- 3 biji telur kuning
- 135ml air
- 45ml minyak masak
- 140 gm tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
- Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
- Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.
- Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
- Ketepikan.
- 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
- 70 gram gula castor
- 1 sudu teh serbuk cream of tar-tar
- Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar hingga berbuih.
- Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. (soft peak - kalau kita terbalikkan loyang adunan, putih telur tu tidak jatuh.)
- Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik.
- Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak dalam bekas berasingan.
- Letakkan pewarna yang anda sukai, kacau warna sebati.
- Bermula dari tengah, sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar pink atas lapisan purple, dan 3 sudu besar adunan biru atas pink lapisan pink. (Nota - adunan yang awal2 mmg akan terapung2 di atas karamel...sehingga adunan dah hampir separuh diletakkan dan sampai ke tepi loyang, baru adunan berkedudukan tetap...no worries ok!)
- Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn sukatan 2 sudu besar pula setiap lapisan warna
- Akhir sekali dengan 1 sudu besar setiap lapiasan warna.
- Lorekkan atas adunan dengan lidi.
- Panaskan oven terlebih dahulu (*Ita panaskan pada suhu 170C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, Ita tukar pada suhu 160C. Gunakan api bawah saja)
- Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
- Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
- Letakkan pada rak bawah dalam oven.
- Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak. Saya tambah 5 minit lagi guna api atas sahaja utk keringkan permukaan kek.
- Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
- Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
- Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. (lap-lapkan air karamel yang turun di bahagian tepi kek)
- Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
- Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Thursday 30 October 2014
PUDING ROTI KARAMEL
Bahan-bahan:
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat - sy letak 3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara:
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)
Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat - sy letak 3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara:
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)
Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)