Bahan-bahan:
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat - sy letak 3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara:
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga
gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu
besar air panas, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan
api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen
vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang
gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)
Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment