Nuffnang Code

Saturday 18 October 2014

Resepi mochi2

Kuih favourite aku ni..selalu beli kat sedap corner..resepi ini diambil dari paty's kitchen..mohon izin ye utk simpanan peribadi

Cara membuat filling
200g mung bean - rendam semalaman, tos dan rebus sampai lembut
2 sudu besar minyak
180g gula

Bahan-bahan untuk doh
220 gm tepung pulut - lebih kurang 2 cawan
110 gm gula pasir/ lebih kurang 1 cawan
200 ml santan - (l kotak santan Kara)
Kelapa kering atau tepung beras yang disangrai
Cara membuat doh
  1. Satukan tepung pulut dan gula, gaul rata. masukkan santan dan kacau sehingga adunan menjadi licin.
  2. Masukan adunan kedalam loyang yang cetek dan kukus selama 20 minit. gunakan chop stick untuk memeriksa samada adunan telah masak atau tidak. Kalau adunan tidak melekat bermakna adunan telah masak. Angkat dan sejukkan sebentar.
  3. Bahagikan adunan kepada 12 bahagian. Leperkan dan masukkan inti. Balutkan dan bentukkan seperti bebola kecil. Salutkan bebola mochi ini ke dalam kelapa kering. Jika tidak mahu gunakkan kelapa kering bolehlah gunakan tepung pulut yang disangrai terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment