Untuk simpanan sendiri
http://gilahartanah.com/step-by-step-cara-beli-rumah-second-hand/
http://www.duitkertas.com/2016/12/jangan-cuba-beli-rumah-jika-anda-nampak_20.html
Nuffnang Code
Sunday 18 December 2016
Thursday 18 August 2016
Petua bebas jerawat menggunakan bahan semulajadi
Petua ini diambil daripada fb..tak tahu siapa punya petua..minta halal la ye
Homemade skincare :
* hilangkan jeragat
* hilangkan jerawat
* hilangkan whitehead/blackhead
* lembapkan kulit
* cerahkan kulit
Bahan-bahan :
* Kunyit hidup
* Tomato
* Beras Barli (500gram utk stok sebulan)
* Sodium bicarbonate (baking soda)
Cara-cara :
* Goreng tanpa minyak barli + sodium bikarbonate (500gram barli, 2/3 sudu sodium bikarbonate) dengan api perlahan. Agak-agak je sampai sebati.
* Blend jangan sampai lumat. Kalau lumat sangat, tak berapa best nak buat jadi scrub. Dah siap blend, simpan dalam bekas kedap udara. Boleh tahan sebulan.
* Ambil sikit dan campurkan air. Jangan cair sangat. Biar jadi macam masker or bedak sejuk. Kalau nak remove whitehead or blackhead, boleh tambah sikit lagi sodium bikarbonate.
* Ambil kunyit hidup, buang kulit, potong sikit dihujung. Sapu di seluruh muka. Sapu lama sikit di area bermasalah; jerawat/jeragat. Kunyit ni antiseptik/antikuman. So ni salah satu cara nak buang bakteria di muka.
* Kemudian ambil tomato yang dah dipotong, sapu di kulit muka. Tomato ni agen pemutih, hilangkan parut, kurangkan kedut, tegangkan kulit muka. So nak sapu lama-lama pon tak ada masalah.
* Last sekali, ambil scrub barli + sodium tadi. Scrub satu muka. Jangan kasar sangat, barli tak berapa hancur kan. Selesai scrub, pakai as a mask dan tunggu sampai kering.
* Bilas dengan air suam. Boleh amalkan setiap hari.

Wednesday 17 August 2016
Apa yang perlu diambil tahu untuk memilih insuran pendidikan anak?
Ikuti tips-tips di bawah ini:
# Tip 1:
Dapatkan quotation daripada beberapa company yang offer insuran pendidikan. Buat perbandingan yang mana lebih menguntungkan. Term2 pelik yang mereka pakai tu sila ambil tahu. Jangan sampai ada hidden charge mana2.
# Tip 2:
Insuran pendidikan penting untuk anak tetapi anda perlu tahu pelan insuran mana yang patut anda pilih..takut nanti perlindungannya lebih daripada saving. Contohnya, kalo kita bayar RM100 sebulan mungkin 80% masuk saving, 20% masuk perlindungan. Jadi, perlu buat pilihan yang tepat. Kalo anda pentingkan saving, pilihlah company yang tawarkan % saving yang tinggi. Ini kisah benar daripada seorang rakan terdekat. Ayahnya membayar insuran pendidikan adiknya sebanyak RM100++ setiap bulan sehingga umur 20 tahun. Selepas tempoh matang, punyalah terkejut bapanya, jumlah pulangan cuma RM5000 je..rupanya selebihnya masuk akaun perlindungan. Yang ini pelan pendidikan daripada bank Axxxxx.
# Tip 3:
Berikut adalah persoalan yg perlu anda tahu untuk memilih pelan (company) yang sesuai:
1) Institusi mana?
2) Pelan yang mana?
3) Berapa perlindungan?
4) Apa benefit?
5) Berapa kena bayar sebulan?
6) Bila matang?
7) Burn/tidak duit yang kita simpan?
8) Pulangan di umur matang sudah ditentukan dalam polisi atau tidak?
# Tip 4:
Jumlah saving juga bergantung kepada umur pembayar. Sekiranya umur pembayar 30-an dan ke atas, jumlah yang masuk ke perlindungan adalah lebih tinggi berbanding dengan pembayar yang berumur 20-an. Pokok pangkalnya carilah pakej yang memberi untung kepada pembayar walaupun umur dah tua.
# Tip 5:
Jangan mudah percaya dengan janji manis ejen. Buat kajian dulu. Ada 1 company insuran X, offer pakej saving dan medical dalam satu pakej. Pakej yang macam ni tak digalakkan. Kenapa? Sebabnya kos medical semakin meningkat sedangkan anda bayar sama sahaja setiap bulan. Jadi kenaikan kos tu akan dicover daripada mana? of course la daripada saving. Cukup umur anak anda 18 tahun jumlah saving yang ada cuma RM300 je. Naik angin tak korang kalo ini terjadi kat diri sendiri? Ini cerita betul, dah berlaku pun. Kos anak nak masuk universiti pun tak lepas.
# Tip tambahan berkaitan medical card
Entry ni nak share hal insuran pendidikan tapi rasa gatal tangan nak cerita juga hal medical card. Ada 1 tip je tapi penting. Saya nak suggestkan anda pilihlah medical card yang tiada co-insurans. Ada 1 company tu kenakan 10% co-insurans kepada customer. Maksudnya, kalo perbelanjaan hospital RM3000, anda perlu bayar RM300 cash semasa discharge. Sebenarnya 10% ni dikenakan oleh kerajaan kepada company luar tetapi company divert charge ni kepada customer. Insuran local tiada co-insurans. Kalo ada kos yang anda perlu bayar selepas keluar hospital cuma kos pendaftaran sahaja.
# Kalo salah pilih mmg menyakitkan hati. Anda tak mahu jadi incredible hulk 20 tahun akan datang bukan? Anda dah tua masa tu baiklah tanam pokok bunga ke, membaking ke daripada mengamuk sbb duit. Jadi pilihlah betul2. Saya bukan ejen insuran. Saya ceritakan di sini berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan2.
Link untuk dirujuk:
http://www.duitkertas.com/2016/08/tiada-had-limit-sehingga-umur-100-tahun.html

Tuesday 16 August 2016
Cara pengiraan zakat pendapatan
Bagi yang nak tau cara kira zakat pendapatan boleh rujuk kepada imej di bawah..ada 2 cara yang boleh digunakan.
Thursday 11 August 2016
Tips pengurusan wang cara saya
Tidak kiralah gaji anda kecil atau besar tetapi betul cara
pengurusannya hidup anda akan senang. Hidup senang ini maksudnya hati tenang
tidak dibebani dengan masalah hutang.
# Tip 1: Sediakan buku kecil
Setiap kali dapat gaji, tuliskan apa yang perlu dibayar
dalam buku kecil yang tercatat segala jenis komitmen anda setiap bulan. Selepas
bayaran dibuat, sila tick ( ̷ ) untuk menandakan yang anda sudah
membuat pembayaran.
# Tip 2: Gunakan online banking
Segala bil dan hutang2 bayarlah secara online banking supaya
dapat menjimatkan masa dan mengelakkan anda beratur panjang2. Selain itu,
online banking akan mencatatkan transaksi yang anda buat untuk rujukan bila2
masa. Masa itu emas.
# Tip 3: Langsaikan hutang jahat secepat mungkin
Sekiranya anda ada hutang jahat seperti hutang kereta dan
PTPTN, langsaikan dalam tempoh 5 tahun. Ini cara yang saya buat. Untuk hutang
kereta, sekiranya installment bulanan adalah RM400, lebihkan RM50 setiap kali
membuat bayaran. Advance payment ini akan membantu anda membuat bayaran penuh
(full settlement) bila tiba masanya. Hutang kereta menggunakan konsep flat
rate. Oleh itu, kalau nak untung, ikatlah 5 tahun sahaja jangan sampai 9 tahun.
Untuk langsaikan PTPTN, pastikan anda membuat tolakan gaji
dan bila ada duit lebih contohnya bonus tahunan, lumpsumkan pada hutang PTPTN.
Saya pernah membayar RM5000 untuk cepat langsaikan hutang PTPTN saya yang
berjumlah RM35,000. PTPTN menggunakan konsep peratusan ke atas baki, oleh itu,
kalau nak untung, kena bayar sebanyak mungkin supaya baki kurang.
# Tip 4: Beli kereta murah dulu
Kalau anda baru sahaja bergraduate dan dibebani dengan
hutang PTPTN, belilah kereta yang murah dulu yang berharga <RM40k. Installment
bulanan cuma RM400++ je. Masalahnya, kebanyakan daripada mereka yang baru
sahaja bergraduate cenderung untuk beli kereta yang boleh impresskan orang e.g.
kereta Honda (mahal tu). Installment bulan pasti >RM700. Janganlah amalkan
konsep “biar papa asal bergaya”. Kalau ada orang pandang rendah kat kau sebab
kau cuma pakai kelisa, tu masalah orang tu. Hidup ini kalau bergantung pada
pandangan orang lain susahlaaa..
# Tip 5: Simpan duit untuk mencapai matlamat tertentu
Selepas amalkan tip1-4 yang di atas, selepas 5 tahun bekerja
hidup anda pasti senang (maksudnya ada simpanan). Percayalah, saya dah buat.
Hutang kereta dan PTPTN langsai jadi anda boleh fikirkan sesuatu yang boleh
memberi keselesaan dan kepuasan hidup. Life is short. Apa yang anda makan,
pakai, guna adalah rezeki. Simpan, simpan juga tapi nikmatilah hasilnya apabila
perlu. Macam saya, selepas 5 tahun saya teringin nak renovate rumah, luaskan
parking dan tambah dapur. Selain tu, nak juga merasa kereta yang selesa untuk
balik kampong. Jadi, saya mula menyimpan secara paksa dalam tempoh setahun.
Saya Cuma tinggalkan RM1000 sahaja setiap bulan untuk perbelanjaan saya.
Selebihnya simpan dalam ASB. Hasilnya, selepas setahun saya berjaya mengumpul
sebanyak RM50,000. Sejumlah RM30,000 saya gunakan untuk renovate rumah, bakinya
saya buat downpayment kereta. Tercapai semua impian saya hasil bertungkus lumus
melunaskan hutang selama 5 tahun.
# Tip 6: Kurangkan hiburan
Biarlah orang lain pergi jalan oversea atau dalam negara. Kalo matlamat anda adalah untuk menyimpan, kurangkanlah melancong. Melainkan ada lebihan duit pergilah mana yang anda suka. Nak jalan dalam negara pun mahal juga. Saya pernah kira kos dari JB ke langkawi dan balik semula ke JB adalah lebih kurang RM1500 pada tahun 2011. Sekarang 2016, dah tentu kos bertambah dengan segala GST dan kenaikan tol. So, nak hiburan perlu kira2 juga.

# Anda yang menjadikan diri anda senang. Tangguh keinginan,
bayar hutang dulu. Insyaallah, segala keinginan akan tercapai kemudian hari.
Sunday 26 June 2016
Periuk noxxa (tak menyesal beli)
Kenal periuk ni melalui member seofis..
Kononnya menyenangkan kerja..masak jadi mudah dan cepat..
Kebetulan pulak memang takde pressure cooker..
Apalagi beli laa satu...
1st time guna kena test dulu button semua berfungsi atau tak..
Alhamdulillah semua ok..
So 1st dish menggunakan periuk noxxa adalah nasi berlauk..
Pakai bantai je masak tp alhamdulillah en.suami suka..
1st time rasa mcm chef je masak..huhu
Alamak..lupa nk snap gmb..
Dapat bagi gambar periuk je..
Monday 20 June 2016
Tips untuk menjana duit tambahan (sangat berguna untuk orang tak pandai bisnes macam aku)
Terus terang cakap, aku teringin nak bisnes tapi takde ilmu dan takde sifu nak ajar..taknk laa sampai pergi kursus mahal2 semata2 nak dapatkan ilmu bisnes..tapi link ni betul2 buat aku berminat untuk mencuba..jom kita cuba sama2..
http://www.duitkertas.com/2016/06/hujung-bulan-gaji-selalu-habis-ini-5.html

Tuesday 3 May 2016
Produk kecantikan buatan Malaysia - Dermags
Susah nak cari produk yang sesuai dengan kulit muka. Senang sangat naik jerawat. Lagi satu, nak cari produk yang selamat dan berkesan pun payah. Sebabnya, produk Malaysia kebanyakannya mengandungi bahan kimia yang memudaratkan. Banyak produk sudah mendapat kelulusan KKM, tetapi kelulusan ditarik semula.
Alkisahnya, ada member promote produk keluaran UTM yang menggunakan kulit manggis..tiada langsung bahan kimia bahaya..memang hasil research lecturer chemical engineering..maklumat boleh dirujuk di link http://www.dermags.com.my/.
Baru sehari cuba whitening serum ni..cepat betul serap, tak berminyak dan jerawat tak tumbuh..kulit saya ni biasanya cepat je tumbuh jerawat kalau produk tak sesuai..apa2 pun too early to judge..tengok selepas sebulan nanti saya update di blog ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)