# Tip 1:
Dapatkan quotation daripada beberapa company yang offer insuran pendidikan. Buat perbandingan yang mana lebih menguntungkan. Term2 pelik yang mereka pakai tu sila ambil tahu. Jangan sampai ada hidden charge mana2.
# Tip 2:
Insuran pendidikan penting untuk anak tetapi anda perlu tahu pelan insuran mana yang patut anda pilih..takut nanti perlindungannya lebih daripada saving. Contohnya, kalo kita bayar RM100 sebulan mungkin 80% masuk saving, 20% masuk perlindungan. Jadi, perlu buat pilihan yang tepat. Kalo anda pentingkan saving, pilihlah company yang tawarkan % saving yang tinggi. Ini kisah benar daripada seorang rakan terdekat. Ayahnya membayar insuran pendidikan adiknya sebanyak RM100++ setiap bulan sehingga umur 20 tahun. Selepas tempoh matang, punyalah terkejut bapanya, jumlah pulangan cuma RM5000 je..rupanya selebihnya masuk akaun perlindungan. Yang ini pelan pendidikan daripada bank Axxxxx.
# Tip 3:
Berikut adalah persoalan yg perlu anda tahu untuk memilih pelan (company) yang sesuai:
1) Institusi mana?
2) Pelan yang mana?
3) Berapa perlindungan?
4) Apa benefit?
5) Berapa kena bayar sebulan?
6) Bila matang?
7) Burn/tidak duit yang kita simpan?
8) Pulangan di umur matang sudah ditentukan dalam polisi atau tidak?
# Tip 4:
Jumlah saving juga bergantung kepada umur pembayar. Sekiranya umur pembayar 30-an dan ke atas, jumlah yang masuk ke perlindungan adalah lebih tinggi berbanding dengan pembayar yang berumur 20-an. Pokok pangkalnya carilah pakej yang memberi untung kepada pembayar walaupun umur dah tua.
# Tip 5:
Jangan mudah percaya dengan janji manis ejen. Buat kajian dulu. Ada 1 company insuran X, offer pakej saving dan medical dalam satu pakej. Pakej yang macam ni tak digalakkan. Kenapa? Sebabnya kos medical semakin meningkat sedangkan anda bayar sama sahaja setiap bulan. Jadi kenaikan kos tu akan dicover daripada mana? of course la daripada saving. Cukup umur anak anda 18 tahun jumlah saving yang ada cuma RM300 je. Naik angin tak korang kalo ini terjadi kat diri sendiri? Ini cerita betul, dah berlaku pun. Kos anak nak masuk universiti pun tak lepas.
# Tip tambahan berkaitan medical card
Entry ni nak share hal insuran pendidikan tapi rasa gatal tangan nak cerita juga hal medical card. Ada 1 tip je tapi penting. Saya nak suggestkan anda pilihlah medical card yang tiada co-insurans. Ada 1 company tu kenakan 10% co-insurans kepada customer. Maksudnya, kalo perbelanjaan hospital RM3000, anda perlu bayar RM300 cash semasa discharge. Sebenarnya 10% ni dikenakan oleh kerajaan kepada company luar tetapi company divert charge ni kepada customer. Insuran local tiada co-insurans. Kalo ada kos yang anda perlu bayar selepas keluar hospital cuma kos pendaftaran sahaja.
# Kalo salah pilih mmg menyakitkan hati. Anda tak mahu jadi incredible hulk 20 tahun akan datang bukan? Anda dah tua masa tu baiklah tanam pokok bunga ke, membaking ke daripada mengamuk sbb duit. Jadi pilihlah betul2. Saya bukan ejen insuran. Saya ceritakan di sini berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan2.
Link untuk dirujuk:
http://www.duitkertas.com/2016/08/tiada-had-limit-sehingga-umur-100-tahun.html
No comments:
Post a Comment