Nuffnang Code

Thursday 11 August 2016

Tips pengurusan wang cara saya



Tidak kiralah gaji anda kecil atau besar tetapi betul cara pengurusannya hidup anda akan senang. Hidup senang ini maksudnya hati tenang tidak dibebani dengan masalah hutang.



# Tip 1: Sediakan buku kecil
Setiap kali dapat gaji, tuliskan apa yang perlu dibayar dalam buku kecil yang tercatat segala jenis komitmen anda setiap bulan. Selepas bayaran dibuat, sila tick ( ̷ ) untuk menandakan yang anda sudah membuat pembayaran.

# Tip 2: Gunakan online banking
Segala bil dan hutang2 bayarlah secara online banking supaya dapat menjimatkan masa dan mengelakkan anda beratur panjang2. Selain itu, online banking akan mencatatkan transaksi yang anda buat untuk rujukan bila2 masa. Masa itu emas.

# Tip 3: Langsaikan hutang jahat secepat mungkin
Sekiranya anda ada hutang jahat seperti hutang kereta dan PTPTN, langsaikan dalam tempoh 5 tahun. Ini cara yang saya buat. Untuk hutang kereta, sekiranya installment bulanan adalah RM400, lebihkan RM50 setiap kali membuat bayaran. Advance payment ini akan membantu anda membuat bayaran penuh (full settlement) bila tiba masanya. Hutang kereta menggunakan konsep flat rate. Oleh itu, kalau nak untung, ikatlah 5 tahun sahaja jangan sampai 9 tahun.
Untuk langsaikan PTPTN, pastikan anda membuat tolakan gaji dan bila ada duit lebih contohnya bonus tahunan, lumpsumkan pada hutang PTPTN. Saya pernah membayar RM5000 untuk cepat langsaikan hutang PTPTN saya yang berjumlah RM35,000. PTPTN menggunakan konsep peratusan ke atas baki, oleh itu, kalau nak untung, kena bayar sebanyak mungkin supaya baki kurang.

# Tip 4: Beli kereta murah dulu
Kalau anda baru sahaja bergraduate dan dibebani dengan hutang PTPTN, belilah kereta yang murah dulu yang berharga <RM40k. Installment bulanan cuma RM400++ je. Masalahnya, kebanyakan daripada mereka yang baru sahaja bergraduate cenderung untuk beli kereta yang boleh impresskan orang e.g. kereta Honda (mahal tu). Installment bulan pasti >RM700. Janganlah amalkan konsep “biar papa asal bergaya”. Kalau ada orang pandang rendah kat kau sebab kau cuma pakai kelisa, tu masalah orang tu. Hidup ini kalau bergantung pada pandangan orang lain susahlaaa..

# Tip 5: Simpan duit untuk mencapai matlamat tertentu
Selepas amalkan tip1-4 yang di atas, selepas 5 tahun bekerja hidup anda pasti senang (maksudnya ada simpanan). Percayalah, saya dah buat. Hutang kereta dan PTPTN langsai jadi anda boleh fikirkan sesuatu yang boleh memberi keselesaan dan kepuasan hidup. Life is short. Apa yang anda makan, pakai, guna adalah rezeki. Simpan, simpan juga tapi nikmatilah hasilnya apabila perlu. Macam saya, selepas 5 tahun saya teringin nak renovate rumah, luaskan parking dan tambah dapur. Selain tu, nak juga merasa kereta yang selesa untuk balik kampong. Jadi, saya mula menyimpan secara paksa dalam tempoh setahun. Saya Cuma tinggalkan RM1000 sahaja setiap bulan untuk perbelanjaan saya. Selebihnya simpan dalam ASB. Hasilnya, selepas setahun saya berjaya mengumpul sebanyak RM50,000. Sejumlah RM30,000 saya gunakan untuk renovate rumah, bakinya saya buat downpayment kereta. Tercapai semua impian saya hasil bertungkus lumus melunaskan hutang selama 5 tahun.

# Tip 6: Kurangkan hiburan
 Biarlah orang lain pergi jalan oversea atau dalam negara. Kalo matlamat anda adalah untuk menyimpan, kurangkanlah melancong. Melainkan ada lebihan duit pergilah mana yang anda suka. Nak jalan dalam negara pun mahal juga. Saya pernah kira kos dari JB ke langkawi dan balik semula ke JB adalah lebih kurang RM1500 pada tahun 2011. Sekarang 2016, dah tentu kos bertambah dengan segala GST dan kenaikan tol. So, nak hiburan perlu kira2 juga.

# Anda yang menjadikan diri anda senang. Tangguh keinginan, bayar hutang dulu. Insyaallah, segala keinginan akan tercapai kemudian hari.

No comments:

Post a Comment