Nuffnang Code

Monday 1 September 2014

Bahaya riak

Teringat masa zaman duduk kat asrama dulu. Kawan2 selalu sebut 'bangga riak'. Aku main2 kan aje perkataan tu. Rasa kelakar pn ada sbb yg selalu aku dengar riak je, sekali bila masuk sains muar, ada tambahan perkataan plak. Ok, hari ni nak bercakap pasal riak. Selama ni aku tak pernah tau yang riak tu sangatlaa bahaya kat amal ibadat kita. Boleh jadi sia2 amal ibadat kita selama ni kalau riak.

Orang yang mula2 ingatkan aku pasal riak ni supervisor aku. Dia pesan, dah dapat PhD nanti jangan sesekali riak sbb nt habis amal ibadat kita selama ni. Bayangkan, hari2 kita pegi keje pn satu ibadat tp hilang macam tu je. Amal ibadat tu termasuklah solat, sedekah dll. Orang yang hatinya ada riak ni sebenarnya ingin menunjuk2 dan mengharapkan pujian ramai. Supervisor aku siap bagi contoh lecturer seangkatan dengannya. Lecturer yang berkenaan akan letakkan link2 journal dia yg dah diterbitkan setiap kali hantar emel pada staf lain. Apa motifnya? Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Tapi di mata orang lain, itu adalah riak (bangga riak).

Ada lagi sorang yang aku tak berkenan caranya. Aku doakan dia berubah. Kenalan aku ni seorang business woman yang berjaya sehingga berjaya mengumpulkan aset2 berharga dalam masa yang singkat. Yang jadi masalah kat dia ni, setiap kali dia beli aset baru macam rumah or kereta, dia mesti pukul canang kat laman sosial. Sama ada dia nak inspire downline dia ke apa aku tak pasti. Tapi ada satu post dia yang buat aku rasa 'dia ni btol2 bangga riak eh' berkenaan dengan ayat dia yang mengatakan apa yang dia buat lebih bermanfaat daripada orang yang ada PhD sebab kononnya dapat tolong org yg lebih susah. Wow!! Such an annoying statement. So, apa aku buat? Aku unfriend aje dia. Biarlah dia terjun dengan labu2nya. Kena ingat, kita bukannya selalu berada di atas. Kalau Allah nak tarik balik rezeki tu anytime. Masa tu memang rasa mcm jatuh gaung laa gamaknya.

Ini pun peringatan untuk diri sendiri. Jangan laa smp riak tapi, kalau kita kongsikan berita gembira di laman sosial tu riak ke? Ke bergantung kat nawaitu kita? Allah saje yang tau. Rupanya, yang berkaitan dengan menunjuk2 dgn harta yg ada ni dipanggil ujub..ok, ingatkan riak jugak. Sekian sahaja untuk entri kali ini.




No comments:

Post a Comment